html> *[ GuLiStAn ]*

profileku



TENTANG BRITANIASKY (gulistan)
NAMAKU: DARDAA
TARAF PERKAHWINANKU: XXX
D.O.B: 23/01 ANNO HEGIRAE NOT ANNO DOMINI
OCCUPATION: STUDENT:PG
DIMANAKAH AKU: BUMI ALLAH
HOMETOWN: TRANUNG


Coretan

June 2005
August 2005
September 2005
October 2005
November 2005
December 2005
February 2006
March 2006
May 2006
June 2006
August 2006
November 2006
March 2007
May 2007
June 2007
September 2007
February 2008
May 2008

Al-qur'an

Listen and Read Al Quran
Tafsir Ibnu Kathir
Terjemahan Al Quran




As-sunnah

Fiqhus Sunnah
40 Al-Qudsiyyah
Muwatta'
Shahih Bukhari
Shahih Muslim
Tarjamatul Bukhariyyu
40 Hadith Akhir Zaman






Usul Fiqh

Question and Answers
Sunnah Online

ku+blogs

Gelombang Syaitan
Artikel Dalam Tukir
Perangi Riddah

Bloggers

Jejak Kembaraku
arrushd
kak jah
kak lina
are-baeyah
are-t-kah
are-rief
are-zamin
shahril
Siti Abdul
Syaffa
Alif
Mustafa Sheikh al-Hindi
Zaki
T.Zawani
Tazkirah Online
Fillah

Think Tanks

Presiden PAS
Ust Hasrizal
Roslan SmS
Anak Hulu
Ust nasa Tantawi
Cucu Mat Kilau
Cikgu Komando
Tok Janggut
WSWJ

Dirasah Links

EIHS
MDQ
Al Sirat
Islam Way
Sultan Islamic Link
Sheikh Qaradawi
Islam World
Sheikh Bouti
Sheikh Habib Ali
Sheikh Wahbah
Islam Tomorrow
The Modern Religion
Wikipedia
Harun Yahya
Young Muslims
Bible Believers
Dr Gary Bunt
The True Religion
Islam Today
Islam World
Darul Kautsar
Discover Islam>
Muslim Heritage
MECO Oxford
UK Statistics
Salaam UK
ILMUAN
Islamic Garden.com
Understanding Islam.org
2Muslims
Turn2Islam
Sydney Muslims

Pocket Rocket

Ceramah Ceramah
Islamic Links
Muslim Campus
Bicara Siswa
Celik IT
BBC Radio
mayafrenz
ukhwah
Alwan Comics
aswatalislam
Kavkazcenter
LoadIslam
UMI pmram

DoN't ThInK sTrAiGhT

Terengganu Kite
Harakah
terengganu kini
I love AQSA
Khilafah
Strategic Intelligence
WebTv PAS
UMNO TV
Ikhwan Jordan
Ikhwan Egypt AR
Ikhwan Egypt EN

9/11 CONSPIRACY THEORY

911truth.org
911revisited.com
Debunk911myths.org
911research.wtc7.net
popularmechanics.com
loosechange911.com
fahrenheit911.com
911review.org
Prison Planet
Prisoners Of West
Propaganda Matrix
tvnewslies.org

 
 
Radio IKIM.fm
Radio Nurhidayah
Radio Tarbiyah
Radio Islam.com
Radio Islam Bradford
The Last Breath For New Muslims Islam VS Christ Ever Wonder?
Islam Channel - London
Qasidatul burdah

CURRENT MOON

moon phases
html hit counter

WAKTU HAMBA2 ALLAH -UK-

WAKTU HAMBA2 ALLAH -MAS-

THE WINTER OF ISLAM
AND
THE SPRING TO COME
Those who were expelled
from their homes
without any rights,
merely for saying,
'OUR LORD IS ALLAH'
If Allah had driven
some people back
by means of others,
monasteries, churches,
synagogues and mosques,
where Allah's name
is mention much,
would have been pulled
down and destroyed.
Allah will certainly
help those who help Him
Allah is All-Strong
ALMIGHTY
(Qur'an, 22:40)

The earth will
filled with equity
and justice
as it was pre viously
filled with oppression
and tyranny
Abu Dawud)

The heart of people
will be filled
with devotion
and justice
will be spread everywhere
(Bihaarul-anwar, vol51p74

Sunday, February 19, 2006

NIKAH MIS’YAR: DILEMA ANTARA DUA KEMASLAHATAN UMMAH

Pensyarah Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Prof. Datuk Dr. Mahmud Zuhdi Abdul Majid beberapa hari yang lalu telah mencadangkan agar nikah mis’yar dibenarkan di Malaysia memandangkan ianya boleh mengatasi pelbagai permasaalahan berkaitan hal ehwal kekeluargaan. Yang paling utama adalah untyuk mengatasi kemaksiatan ekoran ramai wanita yang tidak berkahwin.

Bantahan telah dilakukan oleh beberapa pihak, sebagaimana yang telah diulas oleh akhbar Utusan, bahawa Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil telah menentang perkara tersebut, termasuk Azizah Khatib Mat dari Dewan Muslimat PAS. Ini kerana nikah yang dicadangkan ini agak tidak menepati hak-hak wanita. Namun dari segi syariah, perkara ini adalah satu kemungkinan yang mengadungi kemaslahatan umat dari banyak segi, yang kemungkinan bertentangan antara satu sama lain. Terkandung dalam masalah ini kaedah-kaedah usuliyyah dan maqasid syariah yang amat perlu diambil kira. Tertulis di Utusan pada Jumaat lepas bahawa Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Hj Nik Abdul Aziz bersetuju supaya ia diluluskan di Negara kita. Oleh itu, sebagai seorang faqih yang tinggi kefahaman beliau terhadap kemaslahatan umat, pihak yang berkaitan perlu mengambil kira pandangan beliau secara serius.

Tiada pihak yang berhak untuk memberi kata putus ketika ini, kerana ia tidak boleh dilihat dari satu sudut, tapi dari sudut-sudut yang sangat perlu diambil kira. Sebab asas kenapa ianya difatwakan harus/makruh oleh ulamak-ulamak terkemuka, ialah maslahat menyekat kemungkaran dan membawa kebaikan (dar’ul-mafasid wa jalbul-masalih) di sebabkan kemaksiatan yang telah melanda umat Islam sekarang, bermula dari mereka yang tinggal di dunia Barat, sehingga ke negara-negara umat Islam, kesan dari polisi pemerintahan sekular/diktator pemimpin-pemimpin negara Islam itu sendiri. Namun, sesuatu kemungkinan yang akan datang kemudian hari juga adalah satu maslahat besar yang sangat dititik beratkan oleh Islam. Ini kerana, pernikahan ini bukan sahaja tidak memenuhi hak-hak wanita, tetapi di sana ada satu kemaslahatan besar yang boleh menganggu gugat institusi kekeluargaan dan sekaligus umat sejagat, ia adalah perkara yang berkaitan dengan bimbingan anak-anak (Tarbiyatul-awlad). Oleh itu, syeikh Nasruddin al-Albani menentang keras perkahwinan jenis ini.

Kita berharap agar pihak kerajaan dapat meneliti perkara ini dengan mengambil kira kemaslahatan yang berkaitan dan sejajar dengan keperluan masyarakat negara kita.

Sebelum meninggalkan perkara ini, marilah kita sama-sama memahami dan menilai keperluan perkahwinan tersebut. Perkara pertama yang perlu kita tahu ialah, apakah itu perkawinan mis’yar? Sebelum berbicara tentang jenis ini, suka saya menyelitkan sebuah perkahwinan baru yang seumur dengan mis’yar, iaitu Perkahwinan Kawan (zawaj friend).

Zawaj Friend:

Bentuk perkahwinan ini tidak banyak diperkatakan, ia telah difatwakan harus oleh Syeikh al-Zindani, terutamanya kepada masyarakat Islam di Eropah. Bentuk perkahwinan adalah: seseorang lelaki boleh mengahwini pasangannya dengan cara yang disahkan oleh syariat, namun mereka ini bersepakat untuk tidak tinggal bersama beberapa ketika, samada isteri tinggal bersama ibu bapanya atau mana-mana tempat, dan mereka ini hanya duduk bersama pada waktu-waktu tertentu. Atau, isteri tinggal di rumah ibu bapa suaminya, tapi suaminya tidak sentiasa bermalam di sana, mungkin kerana tinggal di tempat lain atas urusan yag tidak dapat dielakkan. Ini biasanya berlaku kerana si suami adalah pelajar, tiada kewangan yang kukuh. Mereka ini, setelah si suami telah mempunyai kedudukan yang tetap, mereka akan tinggal bersama seperti pasangan biasa. Jenis perkahwinan ini banyak di praktikkan sekarang dan tidak memberi kesan buruk kepada mana-mana pihak.

Perkahwinan (zawaj) Mis’yar:

Ini adalah jenis perkahwinan yang diperkatakan sekarang. Bentuk (syarat) perkahwinan adalah berbagai, ia masih tidak tersebar luas ke semua negara, ia juga biasanya terpulang kepada syarat-syarat yang disepakati oleh pasangan yag berkahwin. Yang paling biasa tentang perkahwinan ini adalah: seorang lelaki mengahwini seorang perempuan dengan sah, dan dia memberi syarat bertulis kepada pihak isteri untuk tidak meniduri si isteri (di rumahnya secara berjadual seperti perkahwinan biasa), tidak pula dia memberi nafkah zahir kepada isterinya, sebaliknya dia hanya datang pada waktu-waktu tertentu sebagai mengisi nafkah batin yang semestinya di wajibkan. Ini berlaku di atas sebab-sebab yang banyak, antaranya, adalah kerana biasanya ia berlaku antara lelaki yang telah berkahwin dan dia ingin mengahwini perempuan lain atas sebab-sebab tertentu. Sebaliknya, tidak pula dia mahu menjauhi isterinya yang pertama serta anak-anak yang sedia ada.

Para ulamak bercanggah pendapat mengenai keharusan perkahwinan ini, mari sama-sama kita menyelaminya.

Antara ulamak yang mengharuskannya:

1- Syeikh Ibn Baz rahimahullah: beliau ditanya tentang lelaki yang ingin mengahwini perempuan yang kedua dan selebihnya. Kemudian perempuan tersebut terpaksa tinggal bersama ibu bapanya dan hanya mendatangi suaminya pada ketika tertentu. Jawab beliau: tiada masalah padanya selagi mana ia memenuhi syarat syariat, iaitu, wujud wali, kesepakatan suami isteri dan disaksikan dua saksi. Beliau telah mendatangkan hadis sahih riwayat Bukhari dan kemudian hadis nabi yang bermaksud “kaum muslimin bersama syarat-syarat mereka”.

2- Syeikh Abdul Aziz Ibn Abdullah Aalissyeikh, mufti kerajaan Saudi: ditanya dan berkata: sesungguhnya perkawinan ini adalah harus sekiranya menepati rukun-rukun dan syarat-syarat yang jelas, demikian adalah supaya mereka tidak menerima fitnah dan tomahan.

3- Syeikh Abdullah Ibn Abdurrahman al-Jibrin, ahli majlis fatwa dan dakwah kerajaan Arab Saudi berkata: saya mengetahui bahawa nama perkahwinan ini adalah baru, ia adalah seorang lelaki mengahwini seorang perempuan dan isteri itu tinggal di rumahnya dan tidak menerima pembahagian hari seperti biasa, dia hanya mendatangi isterinya pada waktu-waktu tertentu yang disepakati untuk memenuhi keperluan isterinya. Perkahwinan ini adalah harus jika pihak wanita bersetuju.

4- Syeikh Nasir Farid Wasil, bekas mufti kerajaan Mesir berkata: perkahwinan mis’yar didapati dari keadaan sekarang, sebagai mengatasi darurat-darurat yang berlaku, terutamanya di Saudi yang telah difatwakan sebagai harus. Perkahwinan ini adalah berlainan dari perkahwinan mut’ah (di sisi syiah) dan muaqqat (sementara). Perkahwinan ini sempurna di sisi syariat, ijab Kabul, saksi dan wali.

Antara ulama mengharuskannya bersama karahah (kebencian) atau makruh:

1- Syeikh Dr Wahbah al-Zuhaili: beliau berkata: perkahwinan ini adalah sahih dan tidak ditolak oleh syariah, kerana ia menepati maqasid syariah dalam perkahwinan termasuk, tempat tinggal, kemulian terhadap isteri dan anak-anak serta pemeliharaan yang sempurna.

2- Syeikh Dr Yusuf al-Qaradawi berkata: Saya tidak menyeru kepada perkahwinan jenis ini dan tidak juga menentang, maka saya tidak menulis untuk menyokongnya dan tidak juga menentangnya. Tidak pernah saya berkhutbah menyeru kepadanya. Setiap perkara yang saya ditanya tentangnya, saya tidak mahu melawan kecenderunganku, tapi saya tidak juga mahu membeli keredaan manusia dengan kemurkaan Allah jika sekiranya saya mengharamkan apa yang saya percaya halal. Beliau berkata bahawa mereka yang menentang perkahwinan ini berkata: sesungguhnya perkahwinan mis’yar tidak menepati maksud sebenar perkahwinan yang disyariatkan, melainkan hanya berseronok antara suami isteri. Adapun perkahwinan dalam Islam mempunyai maksud yang lebih besar dari ini, termasuk melahirkan anak-anak, penempatan, kasih sayang dan kerahmatan. Saya tidak melarang perkawinan jenis ini walaupun ia tidak menepati maksud sebenar perkahwinan dalam Islam. Tetapi ia adalah perkawinan yang dimungkinkan untuk mengatasi darurat kehidupan, pembangunan masyarakat dan keadaan sekeliling. Tidak memenuhi setiap tujuan yang diperlukan tidak boleh membatalkan akad. Beliau mengharuskannya adalah kerana ia sempurna dari segi rukun dan syarat, adapun pengurangan wanita terhadap sesetengah haknya adalah perkara peribadi yang dia sendiri boleh menentukannya. Hujahnya adalah isteri nabi, Su-dah bint Zam’ah telah mengalah/mengorbankan satu malam haknya kepada saydatina Aisyah radiallaahu-anhuma.

3- Syeikh Abdullah ibn Muniy’, ahli majlis ketua-ketua ulamak negara Arab Saudi yang juga qadi Makkah berkata: saya tidak melarang perkahwinan yang sedemikan, walaupun saya tidak menyukainya, dan saya mengiktibarnya sebagai penghinaan terhadap wanita dan kehormatan mereka, namun, itu semua adalah hak wanita yang mereka sendiri menentukannya. Beliau mengharuskannya adalah kerana ia sahih di sisi undang-undang, serta melihat kebaikannya boleh mengatasi keburukan jika wanita berpaling dari ajaran Islam dan melakukan perkara-perkara yang haram.


Antara ulamak-ulamak yang menentang dan mengharamkan perkahwinan mis’yar:

1- Syeikh Nasiruddin al-Albani rahimahullah: beliau berkata bahawa perkahwinan ini boleh membawa kepada keburukan yang banyak, dan yang paling utama adalah kesan yang buruk kepada pedidikan anak-anak (tarbiyatul-awlad) dan akhlak mereka.

2- Syeikh Abdul Aziz al-Musnad, ahli lembaga di kementerian pelajaran tinggi negara Saudi: beliau menentang keras perkahwinan ini dan menyatakan bahawa ia adalah perkara main-main dan merupakan penghinaan terhadap wanita.

3- Dr A’jil Jasim al-Nasymi, bekas pengetua kuliyah syariah Kuwait: bagi beliau, akad perkawinan ini adalah fasid dan batal.


Menghilangkan masalah atau mendatangkanya

Adakah perkahwinan ini menjawab masalah wanita yang tidak berkahwin yang boleh membawa kepada kemungkaran? Ataupun penghinaan terhadap wanita serta pengabaian terhadap kasih sayang kepada anak-anak yang boleh membawa kepada generasi yang rosak ahklaknya? Semua ini terkandung di dalam permasalahan.

Sebab keharusan perkahwinan ini adalah untuk menghalang kerosakan akhlak serta memenuhi hak wanita yang tidak bersuami. Sebaliknya, dalam masa yang sama, ia juga tidak menepati hak wanita dan boleh membawa kepada kerosakan akhlak anak-anak. Jadi, ini adalah satu dilema yang terpaksa kita tempuhi pada waktu kini. Dilema ini tidak akan kita lalui sekiranya di sana tertubuhnya sebuah kerajaan Islam, kedaulatan yang membendung segala kemungkaran yang menjadi senjata yahudi dan nasara ini. Hak-hak rakyat yang dipelihara berdasarkan hidayat Allah dan tunjuk ajar Rasulullah S.A.W.

Berbalik pada tajuk asal, berdasarkan kepada pandangan-pandangan para ulamak tadi, pimpinan negara perlu mengeluarkan keputusan yang terbaik, pandangan para ulamak dalam negara perlu diambil kira, kecenderungan politik perlu diketepikan.

Saya sebagai penulis, tidak ingin memberi kata putus kerana kecetekan ilmu dalam bab ini. Namun, sebagai sebuah pandangan, saya seperti Syeikh Qaradawi membencinya di hati, dari segi kepercayaan pula ia adalah satu perkara yang diharuskan oleh Islam. Saya rasa ia adalah satu perkara yang baik, tapi, penguguran terhadap hak-hak wanita dan pengabaian anak-anak perlu dititik beratkan supaya ia tidak menjadi sebuah masalah yang besar, dan saya tidak melihatnya sebagai masalah utama jika seseorang itu bijak mengatur langkah.

Akhirnya maaf jika saya nyatakan di sini bahawa, adalah tidak seyogia bagi wanita untuk bertindak meluru menentang cadangan Prof. Datuk Dr. Mahmud Zuhdi ini. Maslahat umah perlu diutamakan sebelum yang lain. Saya juga percaya bahawa wanita yang tidak bersuami tidak akan menentang perkara ini kerana mereka juga memerlukan suami sebagai memenuhi fitrah manusia yang memerlukannya. Wanita yang telah bersuami pula tidak perlu mengorbankan masanya bersama suami kerana dia tidak perlu berkongsi masa untuk tujuan tersebut. Bahkan anak-anak yang tidak berbapa juga, paling kurang, boleh merasa kasih sayang seorang ayah walau tidak seberapa. Anak-anak yang terpaksa berkongsi kasih sayang perlulah bersabar dalam hal ini.

Untuk menyudahi penulisan ini, ingin saya mengingatkan kembali bahawa kita sepatutnya memikirkan tentang kemaslahatan umat sebelum kemaslahatan-kemaslahatan yang lain. Dan ingatlah bahawa setiap muslimin itu bersaudara. Kongsilah kasih sayang walaupun terpaksa mengorbankan hak-hak dunia yang sementara. Sesungguhnya umat nabi Muhammad dipelihara Allah disebabkan pengorbanan Hajar dan anaknya Ismail. Sedangkan Sarah dan anaknya Ishak (Israel) pula sentiasa bersama nabi Ibrahim yang tersayang di tanah Syam yang mewah. Bukankah Hajar dan Ismail ditinggalkan di padang pasir yag kering kontang? Bukankah nabi Ibrahim datang ke Mekah supaya Ismail menceraikan isterinya? Bukankah Ibrahim datang ke Mekah supaya baginda dan Ismail bina Ka’bah bersama? Bukankah baginda datang lagi ke Mekah di kali yang lain kerana seruan Allah supaya disembelih nabi Ismail? Bukankah berjuta-juta umat Islam ke Mekah setiap tahun semata-mata untuk mengingati pengorbanan Hajar dan anaknya Ismail ini? Kenapakah tidak disyariatkan begitu sebagai mengingati Sarah dan Ishak? Mereka juga berkorban kasih sayang nabi Ibrahim yang pergi ke Mekah sekali-sekala. Ketahuilah, ini adalah kunci kehebatan umat nabi Muhammad yang berketurunan Ismail yang sentiasa berpegang teguh di jalan Allah. Kuncinya tidak lain tidak bukan melainkan PENGORBANAN. Sebaliknya umat nabi Ishak (Israel) yang dikenali dengan bani Israel telah lama kecundang.

Wallahua’lam.



4:35 pm
darda