html> *[ GuLiStAn ]*

profileku



TENTANG BRITANIASKY (gulistan)
NAMAKU: DARDAA
TARAF PERKAHWINANKU: XXX
D.O.B: 23/01 ANNO HEGIRAE NOT ANNO DOMINI
OCCUPATION: STUDENT:PG
DIMANAKAH AKU: BUMI ALLAH
HOMETOWN: TRANUNG


Coretan

June 2005
August 2005
September 2005
October 2005
November 2005
December 2005
February 2006
March 2006
May 2006
June 2006
August 2006
November 2006
March 2007
May 2007
June 2007
September 2007
February 2008
May 2008

Al-qur'an

Listen and Read Al Quran
Tafsir Ibnu Kathir
Terjemahan Al Quran




As-sunnah

Fiqhus Sunnah
40 Al-Qudsiyyah
Muwatta'
Shahih Bukhari
Shahih Muslim
Tarjamatul Bukhariyyu
40 Hadith Akhir Zaman






Usul Fiqh

Question and Answers
Sunnah Online

ku+blogs

Gelombang Syaitan
Artikel Dalam Tukir
Perangi Riddah

Bloggers

Jejak Kembaraku
arrushd
kak jah
kak lina
are-baeyah
are-t-kah
are-rief
are-zamin
shahril
Siti Abdul
Syaffa
Alif
Mustafa Sheikh al-Hindi
Zaki
T.Zawani
Tazkirah Online
Fillah

Think Tanks

Presiden PAS
Ust Hasrizal
Roslan SmS
Anak Hulu
Ust nasa Tantawi
Cucu Mat Kilau
Cikgu Komando
Tok Janggut
WSWJ

Dirasah Links

EIHS
MDQ
Al Sirat
Islam Way
Sultan Islamic Link
Sheikh Qaradawi
Islam World
Sheikh Bouti
Sheikh Habib Ali
Sheikh Wahbah
Islam Tomorrow
The Modern Religion
Wikipedia
Harun Yahya
Young Muslims
Bible Believers
Dr Gary Bunt
The True Religion
Islam Today
Islam World
Darul Kautsar
Discover Islam>
Muslim Heritage
MECO Oxford
UK Statistics
Salaam UK
ILMUAN
Islamic Garden.com
Understanding Islam.org
2Muslims
Turn2Islam
Sydney Muslims

Pocket Rocket

Ceramah Ceramah
Islamic Links
Muslim Campus
Bicara Siswa
Celik IT
BBC Radio
mayafrenz
ukhwah
Alwan Comics
aswatalislam
Kavkazcenter
LoadIslam
UMI pmram

DoN't ThInK sTrAiGhT

Terengganu Kite
Harakah
terengganu kini
I love AQSA
Khilafah
Strategic Intelligence
WebTv PAS
UMNO TV
Ikhwan Jordan
Ikhwan Egypt AR
Ikhwan Egypt EN

9/11 CONSPIRACY THEORY

911truth.org
911revisited.com
Debunk911myths.org
911research.wtc7.net
popularmechanics.com
loosechange911.com
fahrenheit911.com
911review.org
Prison Planet
Prisoners Of West
Propaganda Matrix
tvnewslies.org

 
 
Radio IKIM.fm
Radio Nurhidayah
Radio Tarbiyah
Radio Islam.com
Radio Islam Bradford
The Last Breath For New Muslims Islam VS Christ Ever Wonder?
Islam Channel - London
Qasidatul burdah

CURRENT MOON

moon phases
html hit counter

WAKTU HAMBA2 ALLAH -UK-

WAKTU HAMBA2 ALLAH -MAS-

THE WINTER OF ISLAM
AND
THE SPRING TO COME
Those who were expelled
from their homes
without any rights,
merely for saying,
'OUR LORD IS ALLAH'
If Allah had driven
some people back
by means of others,
monasteries, churches,
synagogues and mosques,
where Allah's name
is mention much,
would have been pulled
down and destroyed.
Allah will certainly
help those who help Him
Allah is All-Strong
ALMIGHTY
(Qur'an, 22:40)

The earth will
filled with equity
and justice
as it was pre viously
filled with oppression
and tyranny
Abu Dawud)

The heart of people
will be filled
with devotion
and justice
will be spread everywhere
(Bihaarul-anwar, vol51p74

Sunday, February 19, 2006

“Islam is coming” RUANG UNTUK ISLAM DAN AMANAH UNTUK MUSLIMIN

Nabi Muhammad sallallaahua’laihiwassalam pernah bersabda: “Demi Allah, sesungguhnya akan sampai urusan ini (Islam) di segenap sampainya malam dan siang”. Dunia sedang menyaksikan satu pergolakan social dan politik yang amat ketara, Barat dalam keadaan ketakutan, polisinya yang telah menyebabkan dunia umat Islam tiada istilah keadilan demokrasi sejati sedang memakan diri sendiri. Akibatnya, timbullah Al-qaedah dan kumpulan yang bermacam-macam-macam yang menjadi mimpi ngeri kepada Amerika dan sekutunya.

Abad ini sedang menyaksikan Eropah dibanjiri umat Islam, dari New York hingga London, ia tidak asing lagi, hatta Vilnius dan Riga terasa bahang kemarakannya, masjid-masjid tumbuh bagai cendawan, apatah lagi Andalusia yang dikejutkan banjiran umat Islam pada ramadan yang lalu, khususnya Granada dan Seville.

Surat khabar terlaris Denmark Jyllands-Posten telah membangkitkan kemarahan muslimin dengan menyiarkan karikatur menghina rasulullah (SAW). Tunjuk perasaan dilakukan di serata dunia sehingga kedutaan Denmark di beberapa negara Islam terpaksa menerima akibatnya. Walaupun Islam melarang penganutnya memusnahkan harta benda, ianya tidak ganjil melihatkan umat Islam berkelakuan demikian, jika rakyat tidak jahil agama, bagaimana boleh mereka memilih pemimpin yang tiada agama seperti yang dihadapi seluruh dunia Islam kini. Namun yang paling menyedihkan negara yang berkepimpinan OIC hanya sayu membisu, bagai paku berkarat di batu, rupanya pengkianatan tertanggung di bahu.

26 Januari 2006 menukir sejarah baru kepada dunia Islam, Hamas yang selalu dikaitkan dengan keganasan oleh media Barat telah memenangi pilihan raya Palestin selepas pilihan raya Mesir mengalami kekecohan akibat rakyat disekat daripada keluar ke peti undi, sehingga tersiar bahawa muslimat terpaksa memanjat pagar untuk ke pusat mengundi, bukan kerana rakyat mahu membakar peti undi, tapi kerana rakyat ingin mencari pemimpin baru untuk menerajui negara mereka.

Semenjak hari pertama tunjuk perasaan bermula, stesen penyiaran Britain, BBC dan ITV hanya tertumpu kepada Islam. Hatta News Night dan Question Time tidak ketinggalan, timbul pula isu penunjuk perasaan yang keterlaluan di London dianjurkan Al-Gurabaa’, di tambah pula aksi brother Chaudry (tahrir) yang boleh dikira “ikhlas tapi tidak hikmat” ketika ditemu ramah News Night, tempoh hari, berlainan dengan Tariq Ramadan yang agak tenang dengan keaadaan, mungkin kerana pengalamannya yang luas sebagai seorag penulis dan ahli lembaga Oxford Islamic Centre. Hari berlalu, tunjuk perasaan masih berjalan, dengan tanpa berfikir panjang Omar Kayan keluar ke jalan dengan berpakaian suicide bomber kononnya marah dengan apa yang berlaku. Namun, sebaliknya memberi malu kepada Islam sendiri, dirinya yang baru saja keluar penjara kerana menjual dadah terpaksa kembali ke penjara kerana pelepasannya terlalu awal. Seperti selalu, Abu Hamza adalah antara orang yang terhangat diperkatakan tentang aktivitinya, kini beliau meringkuk di penjara lagi atas tuduhan boleh membawa kepada aktiviti keganasan di Britain. Semuanya tersiar hari-hari di kaca TV dan surat khabar.

Mengulas kemenangan Hamas di Palestin, BBC telah menemu duga Mahmoud Zahhar, salah seorang pemimpin gerakan itu mengenai kemenangannya, beliau menjawab dalam bahasa inggerisnya yang jelas “Islam is coming”. Maka, sebagai menafsir kata-kata beliau saya suka jika ia dikaitkan dengan peristiwa-peristiwa yang berlaku, sememangnya ia suatu perkara boleh dikira jelas. Bagi mereka yang berpelajaran, setelah peristiwa demi peristiwa disiar dan diperkatakan oleh media, sudah tentu mereka ingin untuk lebih mengetahui apa itu “ISLAM”.

Paling kurang, 10 hari siaran eropah hanya tertumpu pada Islam dan isu-isunya, jika selama ini para aktivis Islam di eropah hanya bergerak di masjid-masjid, kali ini mereka di jemput naik ke studio-studio. Tidak lupa pihak kerajaan yang tidak tahu menahu tentang Islam juga tidak mahu melepaskan peluang untuk berbicara, termasuk pemimpin-pemimpin politik dari kalangan peranakan Islam yang tidak kenal sembahyang atau menutup aurat, tiba-tiba keluar berbicara.

Minggu yang lalu sempat saya meluangkan masa berbual dengan seorang wanita 20an dari Tennessee, United States. Gaya beliau agak sopan berbanding apa yang di war-warkan di tele tentang Amerika yang teruk akhlak rakyatnya, rupanya itu hanya propaganda semata-mata, di mana jua tempat, ada makhluknya yang elok dan ada yang teruk. Alida bila ditanya tentang kedatangannya ke UK dari Amerika menjawab “saya ingin mempelajari Islam”, rupanya-nya beliau sedang mengambil MA dalam Pelajaran Islam. Saya terus bertanya mengapa pula belajar Islam sedangkan beliau tidak berstatus muslimah. Jelas bahawa beliau telah banyak melancong ke negara umat Islam termasuk Malaysia, juga telah melihat sendiri keadaan orang Islam sekitar Baitul Maqdis selama setahun beliau di sana. Yang memberi hidayah Cuma Allah ta’ala, mungkin kerana melihatkan perangai muslimin tidak seperti yang disifatkan dalam tulisan membuatkan seseorang teragak-agak dengan agama ini. Yusuf Islam mengambil beberapa tahun sebelum bersyahadah, setelah berpuas hati dengan apa yang dibaca, kini menjadi seorang pendakwah secara tidak langsung dengan nasyid serta sekolah-sekolah agama yang beliau taja. Alida memberitahu saya bahawa di Tennessee juga ada orang Islam, ini agak mengejutkan kerana Tennessee bukanlah wilayah yang agak diketahui orang, beliau menjelaskan bahawa di sebuah bandar kecil di wilayah itu ada sekitar 8 hingga 10 ribu pelarian kurdi menetap di sana. Terpampan di kotak fikiran saya tentang keadaan itu, saya tahu serba sedikit tentang masyarakat kurdi dan politik tanah air mereka, namun, yang menakutkan adalah kerana amalan agama mereka yang tidak boleh dicontohi masyarakat Tennessee boleh menjatuhkan imej Islam itu sendiri, sedangkan wilayah itu adalah antara yang terkuat anutan kristiannnya yang telah menyaksikan pembunuhan ke atas Martin Luther King di Memphis pada tahun 1968.

Mengingatkan kata-kata bahawa “Islam makin ditekan, makin dijulang” membuatkan saya menyedari bahawa inilah ketakutan kuasa kuffar selama ini, sebab itulah mereka meninggalkan negara-negara Islam dengan diperintah oleh mereka yang bernamakan Islam tapi berhukum dengan hukum yang mereka reka sebagai jalan untuk menjauhkan umat Islam dari penentangan terhadap mereka. Di Arabia, setelah sekian lama rakyat dan aktivis ditekan serta berjuta-juta berkembara ke Eropah, kini keadilan makin kembali. Di Malaysia ia masih menjadi mimpi, apa yang ditakuti ialah pemuda-pemuda yang mungkin tiada kesabaran lagi, akibatnya timbullah kumpulan yang menggunakan keganasan sebagai jalan mencari keadilan. Begitu juga yang berlaku kepada rakyat Palestin, tiada jalan lagi, makan keluarlah individu-individu melakukan ishtishhaadiyyah, bukan Hamas yang merancang, tapi Hamas yang memberi kebenaran mengikut keadaan. Apalah sangat jika dibandingkan tanah air yang dirampas, kaum keluarga yang dibunuh, sekatan ekonomi yang berterusan. Israel bersenjata berat, mereka hanya melontar batu, Israel menyerang dengan batalion, mereka hanya seorang yang mengorbankan jiwa. Namun, media hanya mengutuk mereka. Pada dasarnya, perbuatan itu jika dilakukan pada rakyat awam, ia masih dikira salah oleh Islam. Walau bagaimanapun, rakyat palestin telah menganggap satu Israel adalah musuh dan bertanggung jawap ke atas penjajahan negara itu, umumnya kerana mereka berhijrah dari seluruh dunia dan masuk ke jajahan Palestin, atau khasnya setelah 29 orang Islam telah dibunuh oleh Dr Baruch Goldstein pada tahun 1994 ketika mereka sedang bersolat jumaat di Masjid Ibrahim, Tebing Barat, dan mencederakan 125 yang lain. Dr Goldstein masuk ke masjid itu ketika orang sedang solat jumaat lalu menembak jemaah yang sedang bersolat, ada saksi yang mengatakan Dr Goldstein laknatullah masih sempat menukar kotak peluru beberapa kali walaupun polis Israel ada di situ.

Dr Goldstein yang berasal dari Amerika ini mati dipukul di tempat kejadian oleh jemaah yang tidak cedera. Rakyat Israel menjunjung beliau sebagai perwira, kerana membunuh sebilangan besar rakyat palestin dan mengorbankan diri sendiri.

Sebagai muslimin, marilah kita berjuang untuk Islam dengan jalan yang hikmah dan munasabah. Dr Abdul Aziz Rantisi pernah berkata bila ditemu duga oleh Mark Juergensmeyer (seorang penulis barat) sebelum beliau dibunuh (moga beliau digolongkan dalam golongan syuhada’) oleh roket Israel pada 17 April 2004, ia berkenaan hal penjajahan “Palestin yang pernah dijajah (oleh tentera salib) selama 200 tahun, ini baru 50 tahun”, maksud Dr Rantisi sememangnya kesabaran, walaupun tidak di waktu beliau hidup, In-sya Allah kemenangan akan datang jua di kala yang lain. Begitu juga di dunia Islam yang lain, Moga-moga kita tergolong dalam golongan yang mencari keredaan Allah.

4:35 pm
darda