Masjid Umar (leicester)HIDUPKU DI PERANTAUAN
RAMADAN KALI INI
Ramadan kali ini telah mencecah hari keempat, namun belumpun sampai juzu' ke10 kalamulllah yang aku jelajahi. Erm.. sebenarnya telah lama aku tak posting kat blog ni.. apetah lagi kat blog2 tambahan tu.. keaktifanku bersama tenet sudah tidak seperti dulu.. ramadan kali ini agak bebeza bagiku kerana aku lebih banyak meluangkan masa di rumah memandangkan suasana di manchester ini yang sesak dengan maksiat.. aku berasa lebih selesa terperuk kat dalam rumah sambil membaca, mengaji, menilik internet, mendengar ceramah, melayan kengkawan, memasak dan berfikir sendirian, jua menghadirkan diri di masjid setiap kali waktu solat tiba...
MANCHESTER VS HIGHMEAD
Setelah menamatkan kursus yang tidak panjang di lampeter tempoh hari aku datang ke manchester... masa masih jelas mengingatkanku akan highmead yang telah lama ditinggalkan sebelum kepulanganku baru2 ni.. beberapa minggu di sana mengimbau kembali pengalaman bertahun2.. aku sentiasa menjawab PEACE AND QUIET setiap kali ditanya tentang suasananya yang menenangkan fikiran pengunjung.. guru2 dan kawan2 melapangkan dada.. setiap kenangan membuatkanku tersenyum sendirian..
+ LAMPETER
pengalaman berguru dengan carolle juga sangat manis.. teknik mengajar beliau sangatku minati... tambahan pula classmatesku punyai kelebihan berbeza2.. yen seorang yang pintar dan baik hati... laju berkata2.. lie jie sentiasa memeningkanku dengan mengi'rab setiap kalimah... qiao lian pelatnya memang pekat.. tapi vocabnye bak collin.. gabungan 3 cina ini membuatkanku menerima pelawan mereka ke majlis hari kuih bulan yang lalu... gelagat lisa tidak kurang manisnya.. englishnya laju mengalahkan peluru.. sifat malunya tidak menggambarkan dia seorang spanish yang hidup penuh mencabar di madrid.. aku dan hadi asyik tersengih sambil kadang2 puzzle.. namun setiap perbahasan kami selalu lantang.. paling penting penerangan islam and terrorism diorang semua faham dan terima...
MANCHESTER VS LEICESTER
telah 2 bulan aku meninggalkan leicester... tempat yang kusifatkan sebagai darul iman jua darul aman... kadang2 terasa seolah2 aku berada di agra... masjid2 sentiasa penuh.. hehe.. polis disana bagaikan tiada kerja.. aku sentiasa mengkagumi kedai2 berhampiran masjid jami' yang selalu tiada penjaga setiap kali waktu solat tiba.. jauh bezanya dengan negara islam hadariku malaysia.. remaja2 islam memenuhi madrasah2 di waktu petang, sebahagian besarnya memenuhi taman2 bersukan atau mengambil angin.. semuanya menyelitkan kegembiraan dan keamanan.. hari jumaat adalah hari yang paling bahagia.. terasa seolah aku berada dimasjid rusila pula.. ahh kenangan lagi.. kenangan dalam kenangan... walaupun ada cubaan dari kerajaan blair yang ingin melihat kemusnahan dan kehancuran umat ini.. Allah maha merancang dan maha berkuasa..
suasana di manchester agak berbeza, masyarakat islam disini tidak seperti di sana.. amalan mereka tidak sekuat mereka.. tiada taman penenang jiwa.. yang lebihnya melayu ada dimana-mana..walaupun begitu aku masih amat gembira disamping teman2 yang bagaikan keluarga...
BALIK
sudah lama aku tidak pulang ketanah air.. perasan rindu menggamit kalbu.. sudah pasti ramadan dan raya kali ini sangat meriah dengan kepulangan sumi dari damascus.. hanya aku yang jauh di perantauan..
hadi dan kak rose telah berlepas pulang semalam.. kak nor, huda dan syairah juga bersama.. pemergian mereka tidak berhenti di sana.. ahad ini akan menyaksikan shahril pulang sama... jumaat depan fitri pula.. 2 minggu lagi segerombolan pula.. syafizi, yanti dan adik2 highmead... ohh ramainye... tinggal aku dan beberapa orang saje.. tapi semangatku takkan kurang walau sejengka..10 TERAKHIR DAN RAYA
10 terakhir ramadan akan mengibau kenangan lama.. pengalaman lepas menguatkan keimanan.. masa yang dibelanjakan sangat berharga.. greenlane mosque of birmingham memukau hati.. jemaah yang sentiasa penuh sangat disukai.. in sya Allah teman2ku akanku temui... cuma... hehe.. terpaksala aku makan chapati lagi.. mengingatkan raya.. aku buntu entah kemana akanku tuju.. yang pastinya hari pertama akanku rai disana.. selebihnya samaada ke london atau pulang ke cheetham hill saje.. di highmead sudah tentu tiada siapa.. BEGINILAH HIDUPKU DI PERANTAUAN
SeLaMaT bErPuAsA dAn SeLaMaT mEnYaMbUt HaRi RaYa AiDiL fItRi BuAt SeMuA